Tuesday, December 1, 2015

0 HIDUP BERTUHAN

HIDUP BERTUHAN

Hai Tuan Panji Semirang
Hamba ini dagang menumpang
Di daerah Tuan, aman dan rukun
Hamba singgah mengambil pengajaran
Sebagai obor hidup penuh rintangan
Lalu Tuan hulurkan kelongsong azimat
Tuan berpesan penuh wibawa
Jadikan ia ratib dan zikir
Bertukarlah jembel jadi bangsawan
Wahai Tuan gelaran Satria
Hamba ini hidup berTuhan
Dia saja yang hamba sembah
Pengabul Penunai segala hajat
Kelongsong Tuan yang warnanya kuning
Hamba lempar di Sungai Temenggor
Biar bercerai jasad dan nyawa
Syariat Tuhan hamba turutkan






Monday, November 23, 2015

0 RUMPUT BEMBAN TAK LAGI HIJAU

RUMPUT BEMBAN TAK LAGI HIJAU

Rimba, menangis lagi
Kali ini tangisnya tegar amat
Rumput bemban tak lagi hijau
Rotan dan buluh tersungkur
Menyembah bumi

Benarlah
Kisah cinta sudah lama mati
Bahawa manusia tak lagi empati




 

♥ KEMBARA KEHIDUPAN ♥ Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates